Search
Close this search box.

5 AMALAN MUDAH NAMUN BERAT TIMBANGAN AMALNYA

Siapa yang tidak suka diberikan sesuatu ganjaran yang besar walaupun hanya diminta membuat sesuatu yang kecil dan mudah? Jangankan orang yang berfikiran waras dan matang, malah kanak-kanak juga turut menyukainya!

Bayangkan jika kita diminta untuk melakukan satu tugasan yang cukup mudah, yang mana kanak-kanak pun boleh melakukannya. Dan kemudian selepas tugasan itu dapat kita selesaikan dalam tempoh kurang seminit sahaja, kita diberikan upah yang sangat lumayan, seumpama kita belerja selama 30 tahun. Wah, seronoknya!

Kedengarannya mungkin mustahil. Siapa yang mahu memberikan ganjaran yang besar terhadap sesuatu tugasan yang mudah? Contohnya, hanya perlu menyebut satu perkataan sahaja, namun anda diberikan ganjaran sehingga sejuta ringgit! Uish, siapa yang tidak mahu merebut peluang ini?

Tapi hakikatnya, ramai yang tidak mahu merebut peluang keemasan ini.

โ€œSiapa kata? Kalau kami tahu ada ganjaran sebesar ini, pasti kami akan merebutkannya!โ€

Kalau benar, alhamdulillah.

Jadi di sini, kami ingin kongsikan 5 amalan yang sangat ringkas, namun diberikan ganjaran pahala yang sangat besar!

1. Niat

Niat, satu perkara yang tidak memerlukan tenaga, tidak perlu bercakap, tidak perlu bergerak, tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya sekadar satu lintasan hati tanpa ada orang lain yang tahu. Walaupun niat ini satu perkara yang mungkin nampak remeh, namun kerana niatlah, ianya mampu menukar setiap tindakan kita menjadi pahala!

Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 ุฅูู†ูŽู‘ู…ูŽุง ุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ุจูุงู„ู†ูู‘ูŠูŽุงุชู

โ€œSesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.โ€ (Hadis riwayat Bukhari, hadis no. 1)

Lihatlah sendiri betapa hebat dan dasyatnya penangan niat. Hanya dengan niat, sesuatu amalan itu boleh menjadi ibadah.

Jika sebelum ini kita bekerja hanyalah sekadar bekerja, namun apabila kita mengubah niat, pekerjaan yang kita lakukan itu boleh menjadi ibadah.

Bekerja pun dianggap ibadah,

Bermain pun dianggap ibadah,

Tidur pun dianggap ibadah.

Sebagai contoh, bila kita bekerja, niatkan kita bekerja untuk mencari nafkah yang halal untuk menampung keluarga kita. Niatkan dengan bekerja ini, kita mampu menyara keluarga kita agar kita dapat lebih beribadah dengan sempurna. Dengan niat sebegini sahaja, pekerjaan kita ini telah pun dianggap ibadah!

Apabila kita bermain, niatkan kita bermain untuk menjaga kesihatan diri agar kita dapat beribadah dengan lebih selesa. Bermain kita ini pun dianggap ibadah!

Apabila kita tidur, pastikan kita berniat untuk mengumpulkan tenaga agar kita dapat beribadah dengan lebih baik pada esok hari, Tidur ini pun tetap dianggap ibadah!

Lihatlah betapa mudahnya sesuatu pekerjaan, tindakan serta amalan yang kita lakukan seharian menjadi ibadah dengan hanya mengubah niat sahaja. Apa lagi, marilah kita mulakan sesuatu dengan niatkan kerana Allah. Bahkan, niatkan juga anda membaca penulisan ini kerana Allah, mudah-mudahan bacaan anda ini menjadikan anda lebih banyak mendapat pahalanya, amin.

2. Senyum

Mari kita sambung amalan seterusnya dengan satu lagi amalan yang sangat mudah, menjimatkan tenaga, boleh dilakukan pada bila-bila masa serta mampu membuatkan diri kita dan orang di sekeliling kita merasa bahagia.

Senyum.

Ya, dengan hanya mengukir senyum sahaja, kita diberikan ganjaran pahala seumpama sedekah. Ianya cukup mudah dan pastinya amalan ini sendiri telah kita praktikkan sebelum ini.

Dari Abu Dzar RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

 ุชูŽุจูŽุณูู‘ู…ููƒูŽ ููู‰ ูˆูŽุฌู’ู‡ู ุฃูŽุฎููŠูƒูŽ ู„ูŽูƒูŽ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ

Maksudnya: โ€œSenyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.โ€

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, hadis no. 1956 dan Ibnu Hibban, hadis no. 474 dan 529)

Hadis yang agung dan ringkas ini menunjukkan keutamaan tersenyum dan menampakkan muka manis di hadapan sesama muslim. Kita tersenyum, hati kita gembira, orang lain juga ceria. Bahkan dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

โ€œJanganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria.โ€

(Hadis riwayat Muslim, hadis no. 2626)

3. Zikir Subhanallah & Alhamdulillah

Apa yang biasa kita lakukan pada waktu lapang mahupun ketika di dalam kenderaan? Mungkin masa kita lebih banyak digunakan untuk mendengar lagu-lagu. Ianya tidaklah salah. Namun cuba bayangkan jika kita mengisi sedikit masa tersebut dengan melafazkan satu sebutan yang cukup ringan di mulut, namun mampu memberatkan timbangan amal. Sangat seronok, bukan?

Sabda Rasulullah SAW:

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽู…ู’ู„ูŽุฃู ุงู„ู’ู…ููŠุฒูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽู…ู’ู„ูŽุขูŽู†ู ุฃูŽูˆู’ ุชูŽู…ู’ู„ูŽุฃู ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู

โ€œAlhamdulillah (segala puji bagi Allah) memenuhi timbangan, subhanallah dan alhamdulillah (Maha Suci bagi Allah dan segala puji bagi Allah) memenuhi ruang antara langit dan bumi.โ€

(Shahih Muslim, Kitab bersuci, Bab keutamaan wuduk, hadis no: 328)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

ูƒูŽู„ูู…ูŽุชูŽุงู†ู ุญูŽุจููŠุจูŽุชูŽุงู†ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุฎูŽูููŠููŽุชูŽุงู†ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูู‘ุณูŽุงู†ู ุซูŽู‚ููŠู„ูŽุชูŽุงู†ู ูููŠ ุงู„ู’ู…ููŠุฒูŽุงู†ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู

โ€œAda dua kalimat yang disukai Ar-Rahman, ianya ringan di mulut dan berat di timbangan, iaitu SUBHANALLAH WABIHAMDIHI (Maha Suci Allah, pujian untuk-Nya) dan SUBHAANALLAAHIL’AZHIIM (Maha Suci Allah yang Maha Agung).โ€

(Shahih Bukhari, Kitab tauhid, hadis no: 7008)

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู

Inilah antara zikir yang ringkas dan mudah, namun dijanjikan pahala yang sangat besar. Kita boleh menyebutnya bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Kita tidak nampak ganjarannya di dunia. Tetapi sewaktu kita berada di timbangan mizan di akhirat, kita akan melihat betapa besarnya ganjaran pahala bagi zikir yang amat ringkas seperti di atas.

Ayuh basahkan lidah kita dengan berzikir. Biar hati kita sentiasa mengingati Allah dan tidak membuatkan kita menyesal di kemudian hari.

4. Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW

Masjidil Nabawi, Madinah

Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah amalan yang paling hebat di antara amalan-amalan hebat yang lain. Kehebatan bersalawat ini sehinggakan Allah sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Dalam apa sahaja amalan yang Allah perintahkan ke atas hamba-Nya, Malaikat Jibril akan menjadi pengantara untuk memberitahu kepada Rasulullah sebelum baginda akan mengabarkan kepada kita. Hanya sekadar itu. Adakah wujud amalan yang mana Allah sendiri lakukan amalan tersebut sebelum kita mengamalkannya? Tiada, melainkan berselawat.

Firman Allah Taala:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูˆูŽู…ูŽู„ุงุฆููƒูŽุชูŽู‡ู ูŠูุตูŽู„ูู‘ูˆู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุตูŽู„ูู‘ูˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ููˆุง ุชูŽุณู’ู„ููŠู…ู‹ุง

โ€œSesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi (Muhammad sallallahualaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.โ€ 

(Surah al-Ahzab, ayat 56)

Hebatnya amalan berselawat ini sehinggakan Allah dan para malaikat yang berselawat terlebih dahulu sebelum kita pula yang berselawat.

Amat mudah untuk kita mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Ucapannya sangat ringkas dan ringat di bibir. Senang bukan amalan berselawat? Senang. Tetapi, kenapa kita susah sangat untuk berselawat? Dan sebaik-baik selawat adalah selawat Ibrahimiyyah, iaitu bacaan selawat ketika kita duduk tahiyat akhir dalam solat.

Susuk tubuh yang bernama Nabi Muhammad SAW selayaknya diberi pengiktirafan dengan kita berselawat ke atasnya. Bagindalah sebaik-baik manusia, insan yang paling hebat di dunia. Rasulullah adalah kekasih Allah. Jasa baginda amat besar, terlalu besar. Atas usaha dan dakwah baginda, kita mengecap nikmat Iman dan Islam.

Bagaimana pula dengan kita? Layakkah kawan-kawan kita berselawat ke atas kita? Dosa kita sendiri menggunung tinggi, bagaimana kita layak untuk mendapat selawat daripada orang lain?

Tetapi, barang siapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sama ada ikhlas atau tidak, Allah akan berselawat ke atasnya. Walau kita diselubungi dengan dosa, namun jika kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW, Allah akan berselawat ke atas kita. Bukan sekadar Allah, malah para malaikat turut berselawat ke atas kita! Kita berselawat sekali, Allah berselawat ke atas kita sebanyak sepuluh kali.

Hebat bukan amalan berselawat? Sangat hebat!


Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู† ุตู„ูŽู‘ู‰ ุนู„ูŠูŽู‘ ุตู„ุงุฉู‹ ูˆุงุญุฏุฉู‹ุŒ ุตูŽู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุตูŽู„ูŽูˆูŽุงุชูุŒ ูˆุญูุทูŽู‘ุชู’ ุนู†ู‡ ุนูŽุดู’ุฑู ุฎูŽุทูŠุฆุงุชูุŒ ูˆุฑูููุนูŽุชู’ ู„ู‡ ุนูŽุดู’ุฑู ุฏูŽุฑูŽุฌูŽุงุชู

โ€œSesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di Syurga kelak).โ€

(Hadis riwayat An-Nasaโ€™I, no. 1297)

Para ulama menyebut bahawa Allah berselawat ke atas kita bermaksud Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita. Malaikat berselawat ke atas kita dengan maksud malaikat mendoakan pengampunan untuk kita.

Semakin banyak kita berselawat ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, semakin banyak rahmat dan kasih sayang Allah limpahkan kepada kita. Amat rugi jika kita tidak menjadikan berselawat sebagai amalan seharian kita.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Mudah bukan amalan berselawat? Sambil membawa kenderaan, berselawatlah ke atas Rasulullah SAW. Ketika kita duduk berehat, ringankanlah mulut untuk berselawat. Sewaktu kita mengemas rumah, berselawatlah. Selawat adalah amalan ringan yang boleh dilakukan bila-bila masa. Apabila kita mendengar nama Nabi Muhammad, maka teruslah berselawat. Sungguh mereka yang kedekut adalah mereka yang tidak berselawat selepas mendengan nama Rasulullah SAW.

Sabda baginda Rasulullah SAW:

ุงู„ู’ุจูŽุฎููŠู„ู ู…ูŽู†ู’ ุฐููƒูุฑู’ุชู ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽูŠูŽู‘

โ€œOrang bakhil ialah mereka yang apabila disebut namaku, mereka tidak berselawat.โ€

(Hadis riwayat Tirmizi)

Jangan jadi bakhil. Marilah berselawat ke atas baginda. Ucapan yang mudah, namun berat timbangan amalnya.

5. Membaca Al-Quran

Betapa hebat dan bernilainya Al-Quran sehinggakan apabila kita melihatnya sahaja, kita akan mendapat pahala. Bagaimana pula apabila kita membacanya? Masya-Allah, pahalanya lebih banyak dan berlipat ganda! Rasulullah SAW telah mencerita ganjaran bagi mereka yang membaca Al-Quran seperti dalam hadis berikut:

 ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุญูŽุฑู’ูู‹ุง ู…ูู†ู’ ูƒูุชูŽุงุจู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ููŽู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ุจูุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„ูู‡ูŽุง ู„ูŽุง ุฃูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู… ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽู„ูููŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ูŽุงู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู…ููŠู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ

โ€œBarang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran, maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali ganda. Aku tak mengatakan alif laaam miim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf.โ€

(Hadis Riwayat Tirmizi, hadis no. 2835)

Sebagai sebuah kalam dari Allah, Al-Quran merupakan kitab suci yang diberkati. Bahkan, Allah memberikan ganjaran yang sangat lumayan berupa rahmat dari-Nya bagi mereka yang mengikuti dan bertaqwa kepada isi kandungan Al-Quran.

Allah Taala berfirman:

ูˆูŽู‡ูŽูฐุฐูŽุง ูƒูุชูŽุงุจูŒ ุฃูŽู†ู’ุฒูŽู„ู’ู†ูŽุงู‡ู ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒูŒ ููŽุงุชูŽู‘ุจูุนููˆู‡ู ูˆูŽุงุชูŽู‘ู‚ููˆุง ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูุฑู’ุญูŽู…ููˆู†ูŽ

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. 

(Surah Al-Anโ€™am, ayat155)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูุฑูุฆูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ููŽุงุณู’ุชูŽู…ูุนููˆุง ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุตูุชููˆุง ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูุฑู’ุญูŽู…ููˆู†ูŽ

Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. 

(Surah Al-Aโ€™raf, ayat 204)

Mendengarkan bacaan Al-Quran sahaja mampu mengundang rahmat Allah, inikan pula apabila kita membacanya.

Kalau bukan kita, apa kata anak-anak kita dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan fasih.

Lagi bagus jika ada ustaz ustazah sendiri yang datang ke rumah kita untuk mengajar anak-anak kita mengaji Al-Quran. Masya-Allah!

Apa yang lagi menarik, MommyHana kini sedang mengadakan kempen JOM BELI MY ISLAMIC BOOK, “PERCUMA USTAZ KE RUMAH ANDA”

Ya, beli sahaja My Islamic Book yang serendah RM58 (harga asal buku interaktif ini ialah RM169) ini di sini: https://www.mommyhana.com/product/my-islamic-book/

Lihatlah sendiri betapa hebat dan canggihnya buku interaktif ini:

Dan setelah pembelian, anda boleh isi form di sini pula agar anda berpeluang mendapat ustaz secara percuma:

https://forms.gle/t8Ss9LVSijmuiNfG9

Tawaran ini hanya sah sehingga 15 Disember 2022 ini ya.

Apa lagi, dapatkan My Islamic Book, serta peluang untuk ustaz datang ke rumah anda!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest