Search
Close this search box.

5 TIP MUDAH PUJUK ANAK LEBIH TERUJA UNTUK KE SEKOLAH

– Foto Syamsi Suhaimi, Berita Harian Online

Tahun 2023 merupakan tahun yang boleh dikatakan agak unik dan berbeza berbanding tahun-tahun yang lain. Mana tidaknya, pada tahun ini, murid-murid akan memulakan sesi persekolahan baru pada bulan Mac, bukannya pada bulan Januari seperti yang biasanya berlaku.

Apabila bermulanya sesi persekolahan yang baru, pastinya tahun 1 menjadi tahun yang paling dinanti-nantikan, bukan sekadar dari murid-murid itu sendiri, bahkan untuk ibubapa juga.

Pastinya akan ada drama dan air mata dari murid tahun satu, tidak kiranya dari sekolah bandar, kampung, sekolah swasta mahupun sekolah antarabangsa.

Di sini kami akan kongsikan 5 tip mudah agar anak lebih teruja untuk datang ke sekolah:

1. Kenalkan Sekolah Baru Pada Anak Dengan Lebih Awal

Sebelum bermulanya sesi persekolahan, ibubapa bolehlah membawa anak mengenali sekolah lebih awal. Bawa anak ke sekolah tersebut, tunjukkan pada anak di mana mereka akan mula masuk ke pintu sekolah.

Jika sudah tahu lokasi kelas anak, boleh tunjukkan di mana.

Bila anak kenal dengan sekolah, maka anak tidaklah takut untuk ke sana pada pembukaan sesi persekolahan nanti.

Tak kenal maka tak cinta

Jika ada abang atau kakaknya bersekolah di sekolah yang sama, pastinya ia menjadi lebih mudah. Kan?

2. Tarik Anak Minat Untuk Belajar

Anak pergi ke sekolah untuk belajar. Kerana mahu belajar, maka anak ke sekolah.

Jadi, belajar adalah sebab utama untuk anak ke sekolah.

Maknanya, jika anak suka untuk belajar, maka dia akan suka untuk ke sekolah. Tapi jika dia tak suka untuk belajar, dia juga akan tidak suka ke sekolah.

Minat untuk belajar ini boleh dididik seawal yang mungkin.

Sebab itulah MommyHana sendiri menghasilkan buku interaktif seperti My Islamic Book, buku yang mampu bercakap, bersoal jawab, mengaji Quran serta berdoa. Apa yang lebih memeranjatkan, buku yang mampu berbunyi pada setiap halaman ini hanyalah berharga RM58 sahaja!

Ketahui lebih lanjut dan dapatkannya di sini:

3. Jangan Lewat Hantar Dan Ambil Anak

Ada sebilangan ibubapa yang terlewat mengambil anaknya di sekolah, membuatkan mereka merasa takut dan serik untuk ke sekolah.

Ada juga anak-anak yang takut ke sekolah kerana ibubapa mereka kerap terlewat menghantar anak mereka ke sekolah.

Jadi, pastikan anak kita perlulah dihantar awal dan diambil awal di sekolah.

4. Berikan Jaminan

Sebagai ibubapa, kita perlu memastikan serta memberikan jaminan kepada anak bahawa sekolah adalah tempat yang sangat selamat.

Hari ini, ramai anak yang takut ke sekolah kerana merasakan sekolah adalah tempat yang tidak selamat.

Ceritakan kepada anak tentang pengalaman kita yang menyeronokkan kepada anak.

Kita sendiri boleh yakinkan kepada anak kepada sekolah itu seronok dan selamat. Contohnya kerana guru kelas anak kita sendiri sangat baik, murid kelasnya juga baik.

Beri jaminan pada anak, agar anak tidak takut, seterusnya semakin teruja untuk ke sekolah.

5. Belikan Aksesori Persekolahan Yang Disukai Anak

Anak juga ada pilihan mereka yang tersendiri. Bawa anak ke kedai dan biarkan mereka sendiri yang memilih aksesori persekolahan yang mereka gemari.

Antara kedai aksesori persekolahan terbaik di Malaysia adalah MommyHana.

Di MommyHana, ibubapa boleh bawa anak sendiri ke kedai mereka yang terletak di AEON Mall Shah Alam. Atau ibubapa juga boleh membeli secara online, atau dapatkannya dari agen-agen MommyHana seluruh Malaysia.

Jemput lihat dan cuci mata perbagai aksesori persekolahan dari MommyHana di website kami ya:

Semoga anak-anak tidak perlu lagi dipujuk untuk datang ke sekolah, kerana mereka sendiri yang teruja untuk ke sekolah!
——-

Rujukan:

  1. https://tudungsicomel.com/menangani-anak-tidak-mahu-sekolah/
  2. https://siraplimau.com/cara-pujuk-anak-pergi-sekolah/
  3. https://siraplimau.com/cara-mengatasi-anak-takut-ke-sekolah/
Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest